Posts

Showing posts from October, 2022

CONTOH OBJEKTIF PEMBELAJARAN KHUSUS (PQI6004 - DR. ZAMZAMI)

Image
Kelas pada 26/10/2022, saya sedang berada di dalam bilik kuliah (BSEC102) dan sedang mempelajari subjek Aplikasi Pembangunan dan Penilaian Kurikulum oleh Dr. Zamzami di Universiti Malaya. Pada permulaan kelas, kami dijelaskan dan diterangkan oleh Dr. Zam tentang pengajaran dan Dr. meminta pendapat dari semua orang melalui menti.com di mana semua orang boleh tulis pendapat masing-masing di situ tanpa diketahui orang yang menulis tersebut. Beberapa pelajar telah menyatakan pendapat bahawa pengajaran itu adalah sharing knowledge, tunjuk ajar, komunikasi dua hala dan sebagainya. Dr. juga menerangkan bahawa pengajaran juga boleh berlaku melaui tiga hala dan juga satu hala dengan diri sendiri di mana kita sebut ianya sebagai Self Access Learning. Selain itu, pengajaran juga boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Kemudian, Dr meminta kami keluarkan pendapat, kenapa kita kena Belajar (Learning)? Beberapa pelajar telah memberi pendapat mereka, antara pendapat yang saya sempat salin adal

PENGALAMAN MINGGU PERTAMA DI UNIVERSITI MALAYA (DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Sebelum saya bercerita, saya nak kenalkan diri saya dulu. Nama saya Roslan bin Saleh. Boleh panggil Roslan. Saya sekarang merupakan pelajar Universiti Malaya dan sedang mengambil kursus Diploma Pendidikan Pascasiswazah. Kursus ni setahun je.  Sebelum ada yang bertanya, saya ceritakan dahulu, cara untuk diterima masuk ke dalam kursus ini. Kursus ini ditawarkan untuk pelajar yang dah ada Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam apa-apa bidang, dan dia minat untuk menjadi seorang guru. Jadi, dia perlu ambik kursus ni untuk dia berada dalam bidang pendidikan. Kursus ni dia macam tiket untuk kita jadi guru. Kalau takde tiket ni, korang masih tak diiktiraf berada dalam dunia pendidikan. Haa gitu ler.  Kursus ni banyak je dekat univerisiti-universiti lain, antaranya UKM, Unisza, USIM, OUM, UPSI dan ada lagi la, tak ingat. Tapi ikut pilihan masing-masing la nak ambik universiti apa. Kalau macam saya, saya ambik UM sebab satu dia ada pengkhususan dan un