CONTOH OBJEKTIF PEMBELAJARAN KHUSUS (PQI6004 - DR. ZAMZAMI)

Kelas pada 26/10/2022, saya sedang berada di dalam bilik kuliah (BSEC102) dan sedang mempelajari subjek Aplikasi Pembangunan dan Penilaian Kurikulum oleh Dr. Zamzami di Universiti Malaya.


Pada permulaan kelas, kami dijelaskan dan diterangkan oleh Dr. Zam tentang pengajaran dan Dr. meminta pendapat dari semua orang melalui menti.com di mana semua orang boleh tulis pendapat masing-masing di situ tanpa diketahui orang yang menulis tersebut. Beberapa pelajar telah menyatakan pendapat bahawa pengajaran itu adalah sharing knowledge, tunjuk ajar, komunikasi dua hala dan sebagainya. Dr. juga menerangkan bahawa pengajaran juga boleh berlaku melaui tiga hala dan juga satu hala dengan diri sendiri di mana kita sebut ianya sebagai Self Access Learning. Selain itu, pengajaran juga boleh berlaku secara formal dan tidak formal.


Kemudian, Dr meminta kami keluarkan pendapat, kenapa kita kena Belajar (Learning)? Beberapa pelajar telah memberi pendapat mereka, antara pendapat yang saya sempat salin adalah, Pembelajaran adalah untuk kita menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Selain itu, Pembelajaran juga adalah untuk merubah keadaan keluarga, daripada hidup kurang berkemampuan kepada hidup yang lebih sejahtera. Akhir sekali, pembelajaran juga untuk mengetahui sesuatu perkara itu betul atau salah.


Seterusnya, Dr meneruskan lagi perkongsiannya dengan menjelaskan kepada kami tentang maksud Kurikulum. Berdasarkan apa yang saya fahami daripada penerangan Dr. Kurikulum juga boleh disebut sebagai subjek, buku teks, silibus, satu proses dan pengalaman pembelajaran, pelajaran, academic contents. Dan di akhirnya kurikulum ini memerlukan penilaian di mana ianya untuk mengetahui dan menguji apa yang didapati daripada pelajaran yang dipelajari atau mengetahui tahap kefahaman kurikulum yang dipelajari.


Penilaian pula, terbahagi kepada 2 bahagian iaitu penilaian Sumatif dan Formatif. Penilaian Sumatif itu penilaian yang formal seperti ujian @ final exam yang dilakukan secara individu dan dilakukan pada satu masa. Penilaian Formatif pula ialah penilaian secar formal atau tidak formal yang boleh berlaku setelah sesi mengajar dan dilakukan secara individu atau berkumpulan di dalam kelas.


Setelah itu, kami diberi tugasan untuk mencari tentang kurikulum yang ada di Malaysia bagi subjek pengkhususan kami. Untuk pengetahuan, di Malaysia harini sekolah-sekolah menggunakan Kurikulum Standard yang juga dikenali sebagai KSSR dan KSSM. Saya mengambil pengkhususan Pendidikan Islam jadi saya terus membuat tugasan yang diberikan dengan mencari kredit jam yang diperuntukkan untuk mempelajari Pendidikan Islam di Sekolah Menengah. Saya telah mendapati bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mentetapkan bagi Menengah Bawah (Tingkatan 1,2,3) jam kredit yang diperuntukkan adalah 128jam/setahun manakala bagi Menengah Atas (Tingakatan 4.5) adalah 96jam/setahun.


Seterusnya, kami diterangkan lagi oleh Dr. tentang Bloom Taxonomy. Bloom Taxonomy ini adalah satu model yang biasa digunakan dalam bidang pendidikan untuk menganalisis dan membuat objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. (boleh lihat gambar dibawah).


Contoh Bloom Taxonomy

Kata Kerja Bloom Taxonomy
https://www.teachthought.com/critical-thinking/blooms-taxonomy-verbs/


Setelah itu, kami diberi tugasan lagi untuk menulis objektif-objektif pendidikan bagi subjek masing-masing dengan berpandukan bloom taxonomy dan seterusnya memuat naik objektif tersebut di dalam blog masing-masing. Dan inilah hasil blog saya. Di bawah ini saya punya objektif yang telah dibuat di bawah tajuk Makhraj Huruf dan saya buat objektif ini berdasarkan kata kerja bloom taxonomy di atas.


Roslan bin Saleh (S2160836)

Tajuk : Makhraj Huruf

Objektif pembelajaran : 

Murid dapat;

  1. Mendefinisikan maksud Makhraj huruf dengan baik.

LEVEL 1 : KNOWLEDGE


  1. Menjelaskan bahagian-bahagian makhraj huruf dengan baik.

LEVEL 2 : UNDERSTAND 


  1. Mempraktikkan Makhraj huruf yang betul ketika membaca Al-Quran.

LEVEL 3 : APPLY


  1. Membandingbeza setiap bahagian makhraj huruf dengan betul.

LEVEL 4 : ANALYZE


  1. Mengukur sebutan makhraj yang betul dan salah.

LEVEL 5 : EVALUATE


  1. Membina kaedah yang cepat dah mudah untuk memahami dan mempelajari Makhraj huruf

  2. LEVEL 6 : CREATE

Itu sahaja untuk perkongsian pengalaman dan ilmu hari ini. Semoga bermanfaat untuk semua orang teruatamnya bakal pendidik anak bangsa kita. Sekian, terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

ASYNCHRONOUS LEARNING (PEMBELAJARAN TIDAK SEGERAK)

APA ITU OBJEKTIF PEMBELAJARAN ?