TAKSONOMI BLOOM

     Taksonomi bloom yang terdapat dalam pendidikan ialah satu model yang kebiasaannya digunakan bagi menganalisis sesuatu perkara dalam bidang-bidang pendidikan. Ianya berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan. kesikapan dan psikomotor. 

    Taksonomi bloom ini telah dicipta oleh Benjamin Bloom  pada tahun 1956. Dengan adanya taksonomi bloom ini ianya sangat membantu guru-guru untuk mengajar dan juga membantu murid untuk belajar. Ianya ada 6 aras pengetahuan yang disusun bermula dengan pemikiran aras rendah ke peringkat pemikiran aras tinggi.

    Jadual di bawah menunjukkan Hierarki Taksonomi Bloom;

Hierarki Taksonomi Bloom

    Taksonomi Bloom ini pula terbahagi kepada tiga domain utama iaitu, kognitif, afektif dan psikomotor di mana setiap domain mempunyai hierarki masing-masing daripada yang asas sehingga yang kompleks.

1) Domain Kognitif ialah perkara yang melibatkan pemikiran pelajar di mana ia menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan pelajar.

2) Domain Afektif  ialah yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan, emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyelesaian diri.

3) Domain Psikomotor ialah yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.







Comments

Popular posts from this blog

ASYNCHRONOUS LEARNING (PEMBELAJARAN TIDAK SEGERAK)

APA ITU OBJEKTIF PEMBELAJARAN ?