KSSR DAN KSSM

    KSSR ialah singakatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah, manakala KSSM ialah singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah.

    KSSR dan KSSM dilaksanakan bagi menggantikan KBSR dan KBSM serta MPET yang dilaksanakan sejak 1982. Objektif pembentukan KSSR ialah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan berlandaskan prinsip-prinsip KBSR seperti yang berikut;


PENDEKATAN BERSEPADU
Ianya merupakan satu pendekatan di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran, dan nilai diganbungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasamani, emosi, rohani dan intelek (Choong,2008). Terdapat empat cara konsep bersepadu ini berlaku, iaitu melalui penggabungjalinan kemahiran, penyerapan, kesepaduan antara dua unsur, dan unsur merentasi kurikulum. Konsep ini berlaku semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga aktiviti kokurikulum.

PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA MENYELURUH
Prinsip ini membawa maksud bahawa semua matapelajaran yang ada dalam KSSR memainkan peranan yang penting bagi memenuhi keperluan jasamani, rohani, emosi, dan intelek untuk membantu perkembangan potensi individu.

PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP
Proses pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku secara berterusan sejak kita dilahirkan sehingga kita mati. Prinsip inilah yang telah diterapkan dalam KSSR yang menggalakkan manusia menuntut ilmu sama ada secara formal atau tidak formal.

Dalam KSSR dan KSSM juga dinyatakan tentang peruntukan masa bagi setiap subjek. Jadi bagi pengkhususan yang saya ambil iaitu subjek Pendidikan Islam adalah seperti di bawah ini;

Contoh peruntukan masa bagi subjek Pendidikan Islam












Comments

Popular posts from this blog

ASYNCHRONOUS LEARNING (PEMBELAJARAN TIDAK SEGERAK)

APA ITU OBJEKTIF PEMBELAJARAN ?