ASYNCHRONOUS LEARNING (PEMBELAJARAN TIDAK SEGERAK)

     Pada 16 November 2022, Dr. Zamzami mengarahkan kami untuk melakukan "short Youtube Video" selama 7 jam. Ini merupakan salah satu cara pembelajaran yang boleh dilakukan oleh seseorang pendidik atau pengajar. Pembelajaran ini dipanggil Asynchronous Learning  iaitu Pembelajaran Tidak Segerak.  

    Perkembangan teknologi video dan kelajuan internet telah merubah lanskap teknolgi pendidikan. Konsep pembelajaran segerak (synchoronous learning) dan tidak segerak (asynchronous learning), kini banyak dibincangkan di seluruh dunia.

SYNCHRONOUS LEARNING (Pembelajaran Segerak) 

     Pembelajaran segerak bermaksud pendekatan pembelajaran yang melibatkan semua pelajar dan guru hadir dan berinteraksi pada masa nyata, tetapi tidak semestinya pada lokasi yang sama. 

    Secara mudahnya, guru mengajar dan murid belajar pada masa yang sama. Sebelum dalam selepas pandemik, pelajar pergi ke sekolah dan semasa pandemik, mereka belajar secara online. Semua pelajar mengambil peperiksaan pada masa yang sama.

ASYNCHRONOUS LEARNING (Pembelajaran Tidak Segerak) 

    Pembelajaran tidak segerak pula bermaksud pendekatan pembelajaran yang meibatkan semua pelajar dan guru hadir dan berinterkasi bukan dalam masa nyata, tetapi tidak semestinya pada lokasi berbeza. Contoh mudah adalah guru telah merakan pengajaran dalam video, dan pelajar menonton mengikut masa sendiri. Jika sistem pengurusan pembelajaran digunakan, pelajar boleh diminta membuat kuiz untuk menguji kefahaman, ataupun memuat naik assignment ke sistem untuk dinilai oleh guru.

    Jadi, Dr. Zamzami membuat pengajaran secara Asynchronous Learning dengan mengarahkan kami untuk melakukan video pendek tentang tajuk umum iaitu TEKNOLOGI selama 3-5 minit dan memuat naik video yang telah dirakam di Youtube masing-masing.

    Hasil pembelajaran seperti ini adalah pelajar lebih mudah untuk melaksanakan tugasan yang diberi dan pelajar lebih bebas untuk melaksanakannya sepanjang tempoh yang diberikan. Hal ini kerana, guru memberikan tajuk yang umum dan pelajar bebas untuk mencipta tajuk sendiri tetapi tidak jauh dari tajuk umum yang telah diberikan.

    Selain itu, pelajar juga lebih seronok kerana mereka dapat mencipta sesuatu yang baru yang mungkin mereka tidak pernah lakukan. Pelajar dapat mencipta Youtube Channel mereka sendiri dan memuat naik video mereka di dalam Youtube.

    Di bawah ini adalah hasil video pendek saya yang telah dibuat pada 16 November 2022. Dan ini merupakan video pertama saya di Youtube Channel saya. Sudilah untuk menonton dan sebarang komen penambahbaikan boleh ditulis di ruangan komen. Terima kasih.



https://www.youtube.com/watch?v=eFgCAnU2xvk



Comments

Popular posts from this blog

APA ITU OBJEKTIF PEMBELAJARAN ?