PENGALAMAN MINGGU PERTAMA DI UNIVERSITI MALAYA (DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sebelum saya bercerita, saya nak kenalkan diri saya dulu. Nama saya Roslan bin Saleh. Boleh panggil Roslan. Saya sekarang merupakan pelajar Universiti Malaya dan sedang mengambil kursus Diploma Pendidikan Pascasiswazah. Kursus ni setahun je. 

Sebelum ada yang bertanya, saya ceritakan dahulu, cara untuk diterima masuk ke dalam kursus ini. Kursus ini ditawarkan untuk pelajar yang dah ada Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam apa-apa bidang, dan dia minat untuk menjadi seorang guru. Jadi, dia perlu ambik kursus ni untuk dia berada dalam bidang pendidikan. Kursus ni dia macam tiket untuk kita jadi guru. Kalau takde tiket ni, korang masih tak diiktiraf berada dalam dunia pendidikan. Haa gitu ler. 

Kursus ni banyak je dekat univerisiti-universiti lain, antaranya UKM, Unisza, USIM, OUM, UPSI dan ada lagi la, tak ingat. Tapi ikut pilihan masing-masing la nak ambik universiti apa. Kalau macam saya, saya ambik UM sebab satu dia ada pengkhususan dan universitinya di KL, dalam 30 minit je dari rumah saya. So, mudah la untuk pergi kelas. Hehehehe.

Saya daftar ni dalam bulan 4/2022 dan dapat interview dalam bulan 8/2022 dan dapat tau diterima masuk dalam bulan 9/2022. Dan mula kelas bulan 10/2022. Okay dah, setakat tu je perjalanannya. Jom, sambung cerita.

Saya telah menjalani program ini selama seminggu. Jadi dikesempatan ini saya nak tulis sedikit pengalaman saya sepanjang seminggu saya menjalani kursus ini.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pengalaman pertama saya menulis blog. Dan perkara ini saya dapat semasa saya menjalani kursus ini dalam subjek Aplikasi Pembangunan dan Penilaian Kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran, yang diajar oleh Dr. Zamzami. Jadi, sekiranya ada kekurangan dari segi penyusunan penulisan, mohon maaf sebelumnya.

Okay, kelas pertama kami bermula pada 17/10/2022 dan subjek pertama saya waktu tu adalah subjek Sejarah dan Asas Falsafah Pendidikan. Macam biasa, kelas pertama adalah sesi suai kenal bersama pensyarah dan rakan-rakan kelas. Pensyarah saya untuk subjek ini adalah Dr. Che Aleha. Setiap kelas dijalankan selama 3 jam. Kelas saya ni pukul 9 pagi sampai 12 tengahari. Semasa sesi suai kenal antara rakan-rakan, saya dapati ramai graduan UM yang sambung dalam kursus ini dan kebanyakannya fresh graduate. Dan sememangnya itu adalah perkara yang sangat bagus la bagi pendapat saya. Setelah sesi suai kenal Dr terkejut kerana ada seorang pelajar yang menyalin semua nama pelajar-pelajar yang mengenalkan diri mereka da Dr sangat memuji perbuatan yang dilakukan itu. Berbaki masa 1 Jam, Dr menereangkan sedikit tentang Falsafah Pendidikan Malaysia. Antara yang saya dapat adalah, kita boleh melihat perbezaan antara pendidikan zaman sekarang dan pendidikan zaman dulu dimana ibubapa tak kesah kalau anaknya dirotan sekiranya buat masalah di sekolah berbanding zaman sekarang di mana guru langsung tidak boleh merotan ataupun memarahi anak murid dan sekiaranya ianya berlaku, guru boleh dikenakan tindakan tatatertib dan boleh sampai masuk mahkamah. Selain itu, memeberitahu kami Falsafah Pendidikan Malaysia iaitu ia berkonsepkan Lima perkara asas Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial. Kata singkatannya adalah 'JERIS'. Setelah 1 jam Dr menerangkan, kelas pon tamat dan pelajar boleh balik.

Bersambung.....

Kita sambung di blog seterusnya ye sebab dah panjang dah, nanti bosan pula baca panjang-panjang. Baiii.

Comments

Popular posts from this blog

ASYNCHRONOUS LEARNING (PEMBELAJARAN TIDAK SEGERAK)

APA ITU OBJEKTIF PEMBELAJARAN ?