FLIPPED CALSSROM, PROJECT BASED LEARNING, PROBLEM BASED LEARNING DAN INQUIRY BASED LEARNING

Hello, everyone.

Hari ini saya nak berkongsi tentang beberapa kaedah dalam pembelajaran. Antara yang saya akan kongsikan adalah:

i) Flipped Classroom Learning (Pembelajaran Flip Bilik Darjah)
ii) Project-Based Learning (Pembelajaran Berasaskan Projek)
iii) Problem- Based Learning (Pembelajaran Berasaskan Masalah)
iv) Inquiry-Based Learning (Pembelajaran Berasaskan Inkuiri)

Jadi, kita teruskan dengan kaedah yang pertama iaitu; Flipped Clasrroom Learning.

Flipped Classroom merupakan model pengajaran yang dibuat di luar kelas, dan di dalam kelas hanya dilakukan aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepad murid secara individu. 

Sebagai contoh, guru memberi murid video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti sahaja.

Antara kelebihan Flipped Clasroom adalah;

1. Murid lebih galak untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan.
2. Murid akan lebih aktif bergerak dengan kaedah pembelajaran ini.
3. Guru tidak hanya mengajar di hadapan, guru hanya pembimbing dan pemudahcara.
4. Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu.

Berikut contoh perbezaan kelas tradisional dan kelas Flipped;

 
Perbezaan kelas tradisional dan Flipped Classroom. 
(cikguhailmi.com)

Seterusnya kita akan lihat pula bagaimana Pembelajaran Berasaskan Projek.

Pembelajaran Berasaskan Projek pula adalah pendekatan jangka masa panjang yang meraikan kebolehan kemahiran berfikir serta bakat murid. Pembelajaran ini berpusatkan murid dan lebih bersifat kolaboratif yang memerlukan kerjasama antara murid dalam skala besar dan murid diberi pilihan untuk memilih kaedah mereka sendiri.

Antara contoh pembelajaran berasaskan projek ialah projek menghasilkan poster, alat pembasmi kuman, binaan rumah kebal ribut taufan,pementasan drama dan banyak lagi.

Pada pembelajaran ini juga guru hanya berperanan sebagai fasilitator/penunjuk yang akan membentuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif serta tanggungjawab bersama. Pada kaedah ini, guru disarankan untuk menyediakan panduan melaksanakan projek dan tugasnya diberikan sepenuhnya kepada murid.

Kelebihan yang boleh didapati daripada Pembelajaran Berasakan Projek adalah;

1. Hubungan guru dengan pelajar akan lebih mesra.
2. Dapat menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengembang hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah.
3. Semangat kerjasama antara kumpulan dapat dipupuk melalui pembelajaran ini.

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek
(mudahmengajar.blogspot.com)

Okay, kita teruskan lagi dengan kaedah ketiga iaitu; Pembelajaran Berasaskan Masalah.

Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan kaedah pembelajaran di mana ia menggunakan masalah sebenar yang berlaku dan relevan serta bermakna sebagai fokus dalam pembelajaran.

Menurut Ousey (2003), Pembelajaran ini adalah sebagai satu falsafah bagi suatu kurikulum yang baharu. Dan untuk pembelajaran ini juga ia lebih berfokus kepada murid sendiri yang menerokai dan mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah yang dihadapi, ia tidak lagi bergantung pada guru sahaja sebagai sumber ilmu atau rujukan. Menurutnya PBM membantu murid mencapai tahap pembelajaran yang spesifik untuk menjadikan mereka berkebolehan dan berkemampuan.

Contoh proses perjalanan Pembelajaran Berasakan Masalah;

mudahmengajar.blogspot.com

Contoh situasi masalah;
(Sungai-sungai di Malaysia semakin banyak yang tercemar. Mengapakah hal ini berlaku?)

Aktiviti:

1. Murid mencari punca-punca berlakunya pencemaran sungai.
2. Murid pilih beberapa punca utama dan cara untuk membentangkan.
3. Murid membuat pembentangan dan ada sesi soal jawab.

            

Contoh hasil murid 
(mudahmengajar.blogspot.com)

Antara kelebihan Pembelajaran Berasaskan Masalah;

1. Dapat memupuk kemahiran KBAT murid.
2. Meningkatkan kebolehan menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu masalah.
3. Murid mempunyai lebih banyak kebebasan.

Langkah-langkah PBL
(slideshare.net/bigbossyana)

Dan yang terakhir adalah Pembelajaran Berasakan Inkuiri.

Pembelajaran Berasakan Inkuiri merupakan satu pendekatan dimana murid membina pengetahuan dan kefaham sendiri melalui penyiasatan dan penerokaan berasakan pengetahuan sedia ada. Prosesnya berfokus kepada Learning by doing yang melibatkan  murid melaksanakn aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baharu.

Strategi pembelajaran ini berpusatkan murid dan guru berperanan sebagai fasilitator dan pemudahcara dalam pembelajaran murid. Dan kaedah inkuir ini satu proses yang melibatkan pertanyaan dan rasa ingin tahu yang kuat dalam diri murid tentang tajuk yang ingin dipelajari.

Inkuiri terbahagi kepada 4 jenis iaitu;

1. Inkuiri Pengesahan (Murid mengesahkan prinsip tertentu berdasarkan keputusan penyelidikan)
2. Inkuiri Berstruktur (Murid melakukan penyelidikan berdasarkan persoalan dan langkah-langkah yang ditentukan guru)
3. Inkuiri Terbimbing (Murid  melakukan penyelidikan berdasarkan soalan yang disediakan guru dan pemilihan langkah ditentukan oleh murid sendiri)
4. Inkuiri Terbuka (Murid melakukan penyelidikan berdasarkan soalan dan langkah-langkah yang dibina dan ditentukan sendiri oleh murid berdasarkan topik tertentu)

Proses Pembelajaran Inkuiri
(shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com)

Antara kelebihan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri adalah;

1. Menggalakkan pelajar supaya lebih banyak berfikir.
2. Aktiviti dilakukan secara bebas oleh murid.
3. Meningkatkan semangat dan perasaan ingin tahu dalam diri murid.

Kesimpulan daripada keempat-empat pembelajaran ini adalah ianya lebih berfokus kepada berpusatkan murid. Hal ini kerana, murid sekarang lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dengan teknologi sekarang yang semakin berkembang pesat. Jadi, dengan kaedah pembelajaran sebegini dapat menjadikan murid lebih aktif dalam pembelajaran dan dapat memanfaatkan teknologi
dengan sebaiknya untuk pembelajaran.



Gambar di atas adalah perbincangan kami bertiga tentang 4 kaedah pembelajaran iaitu;
Flipped Classroom, Project-Based Learning, Problem-Based Learning dan Inquiry-Based Learning.

Tidak lupa untuk saya ucapkan terima kasih kepada mereka bertiga atas perbincangan yang sangat hebat dan juga atas penghasilan slide tersebut. Semoga usaha kita dalam mempelajari kaedah ini, kita dapat mempraktikkannya kepada bakal anak murid kita nanti. Dan juga semoga Allah kurniakan sebaik-baik kebaikan kepada kita semua dan juga kepada semua pendidik anak bangsa dan seterusnya menjadikan negara kita sebuah negara yang rakyatnya berintelektual dan memiliki akhlak yang mulia.

Allahumma Amin.

Sekian, terima kasih. 
Sekiranya ada kesalahan atau sebarang persoalan boleh komen di bawah.

Roslan bin Saleh (S2160836/1)
Pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM
Tahun 2022/2023

Dedikasi buat 2 rakan saya;
1. Muhammad Syaiful bin Azami (S2161647/1)
2. Mohamad Raihan Iezlan bin Hailap (S2170509)










Comments

Popular posts from this blog

ASYNCHRONOUS LEARNING (PEMBELAJARAN TIDAK SEGERAK)

APA ITU OBJEKTIF PEMBELAJARAN ?