APA ITU PEMBELAJARAN DAN KURIKULUM?

     Pada 26 Oktober 2022, Dr. Zamzami mengajar kami tentang tajuk pembelajaran dan kurikulum. Pada hari tersebut, saya dapat beberapa perkara yang baru tentang maksud sebenar pembelajaran itu sendiri dan juga apa yang dimaksudkan dengan kurikulum yang kebiasaannya orang hanya fikir bahawa kurikulum itu buku teks. Tetapi, ianya lebih luas lagi kalau kita mengkaji maksud kurikulum itu.

 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Apa itu Pembelajaran? Pembelajaran secara umumnya yang kita tahu adalah belajar duduk di dalam kelas dan ada guru yang mengajar di hadapan. Mengikut definisi pembelajaran yang sebenar adalah proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning , pembelajaran merupakan "perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan." Mengikut Woolfolk (1980) pula dalam Educational Physchology of Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

    Apa itu Pengajaran? Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahkan bersama oleh guru dan miuridnya. Pengajaran ini dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Rancangan Pengajaran Harian merupakan salah satu perkara yang wajib bagi seorang pengajar di sekolah sebagai persediaan guru untuk mengajar anak murid di dalam kelas. 

    Siapa yang boleh mengajar? Semua orang boleh mengajar. Antara kawan juga boleh ada proses pengajaran dan pembelajaran. Kita juga boleh belajar dari pengalaman. Pengalaman merupakan antara guru yang terbaik untuk seseorang itu belajar kerana pengalaman akan mengenalkan kita perkara yang baik dan tidak baik untuk kita. Sekiranya terdapat kesalahan dan keburukan daripada pengalaman, kita akan membuat penambahbaikan daripada pengalaman tersebut. Berkenaan dengan perkara ini juga, DR, Zamzami ada selitkan satu kata-kata Arab أنظر ما قال ولا تنظر من قال maksudnya "Lihat apa yang dikatakan, Jangan melihat siapa yang berkata"

KURIKULUM

    Kurikulum sekiranya disebut secara ringkas ia adalah subjek, buku teks, silibus, course of study, proses dan pengelaman pembelajaran, lesson, academic contents.

    Kurikulum boleh didefiniskan juga sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi ke generasi yang lain. Contohnya : KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah), KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah).

    Kurikulum ini tujuannya adalah sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. Kurikulum sekolah juga perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa dan ianya perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend pengetahuan terkini. Dan dari kurikulum yang dibuat ini, diharapakn dapat melahirkna insan yang sayang sayang dan cintakan tanah air.

PENILAIAN

    Penilaian pula dibuat setelah mempelajari kurikulum yang telah dibuat. Penilaian mempunyai dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penialain ini dibuat untuk mengetahui apa yang pelajar dapat daripada pembelajaran yang berlangsung.

    Penilaian Formatif ialah penilaian berbentuk ujian formal atau tidak formal untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran dalam Bilik Darjah. Penilaian formatif dibuat untuk membaiki kelemahan pelajar seta merta. Oleh sebab itu, penilaian seperti ini akan dibuat semasa mengajar sesuatu atau beberapa kemahiran dan ianya dilakukan secara individu/kumpulan/kelas.

-Contoh penilaian formatif dalam reka bentuk pengajaran-



    Penilaian Sumatif pula ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan. Penilaian ini lebih kepada mnegesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid. Kebiasaannya penilaian sumatif dilakukan secara formal dalam waktu pelajaran secara kelas atau tingkatan dan ianya dilakukan selepas mengajar beberrap unit pembelajaran. Formal bermaksud ujian kertas-pensil atau ujian lisan dalam masa yang sesuai.


    






Comments

Popular posts from this blog

ASYNCHRONOUS LEARNING (PEMBELAJARAN TIDAK SEGERAK)

APA ITU OBJEKTIF PEMBELAJARAN ?