PEDAGOGI, ANDRAGOGI DAN HEUTAGOGI

PEDAGOGI

    Pedagogi  bermaksud cara mengajar dan sains dalam pendidikan. Secara tempatan, maksud pedagogi adalah kaedah pengajaran yang diaplikasi oleh guru-guru di sekolah. Pedagogi juga bermaksud kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam suatu bidang. Ianya merupakan sains pendidikan dan seni cara mengajar di sekolah. Pedagogi ini melibatkan kajian pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan interkasi guru dan pelajar.

    Selain itu, Kaedah pedagogi juga melibatkan pembangunan bidang kognitif, afektif dan psikomoto dalam warga pendidik dan murid-murid.

    Secara umum, objektif pedagogi adalah merancang, menganalisis, mengembangkan dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk meningkatkan realiti pendidikan dalam pelbagai bidang keluarga, sekolah, sosial dan pekerjaan. Kesan pedagogi adalah berpanjangn dan boleh memberikan kesan positif untuk sepanjang hayat.

ANDRAGOGI

    Andragogi berasal dari bahasa Yunani "andra dan agogos". Andra bererti orang dewasa dan Agogos bererti memimpin atau membimbing, sehingga andragogi dapat diertikan ilmu tentang cara membimbing orang dewasa dalam proses belajar. Andragogi juga adalah seni dan sains bagi membantu pembelajaran orang dewasa (Knowles,1970).

Konsep andragogi adalah seperti berikut;
- Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu belajar.
- Orang dewasa perlu belajar melalui pengalaman.
- Orang dewasa belajar berdasarkan pemusatan masalah.
- Orang dewasa belajar dengan lebih berkesan apabila topik itu bernilai.  

HEUTAGOGI

    Heutagogi pula bermaksud pembelajaran yang ditentukan sendiri. Ianya adalah strategi pengajaran berpusatkan pelajar yang menekankan pengembangan autonomi, keupayaan dan kemampuan pelajar. 

Konsep heutagogi adalah seperti berikut:
- Sekolah - menyediakan infrastruktur
- Guru - membimbing pelajar
- Pelajar - membuat penilaian kendiri, menyediakan objektif dan merancang hasil dapatan.

    Contoh aplikasinya adalah pelajar perlu memiliki kemahiran pembelajaran arahan kendiri (self-firected learning skills) dalam mengurus pembelajaran mereka untuk merancang, mengembangkan, menyesuaikan dan mengubah maklumat untuk disesuaikan selari dengan masyarakat digital, interaktif dan global. Contoh, kemahiran sosial,  kemahiran pengurusan masa dan kemahiran membuat strategi.






Comments

Popular posts from this blog

ASYNCHRONOUS LEARNING (PEMBELAJARAN TIDAK SEGERAK)

APA ITU OBJEKTIF PEMBELAJARAN ?