Posts

Showing posts from January, 2023

TAKSONOMI BLOOM

Image
      Taksonomi bloom yang terdapat dalam pendidikan ialah satu model yang kebiasaannya digunakan bagi menganalisis sesuatu perkara dalam bidang-bidang pendidikan. Ianya berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan. kesikapan dan psikomotor.       Taksonomi bloom ini telah dicipta oleh Benjamin Bloom   pada tahun 1956. Dengan adanya taksonomi bloom ini ianya sangat membantu guru-guru untuk mengajar dan juga membantu murid untuk belajar. Ianya ada 6 aras pengetahuan yang disusun bermula dengan pemikiran aras rendah ke peringkat pemikiran aras tinggi.     Jadual di bawah menunjukkan Hierarki Taksonomi Bloom; Hierarki Taksonomi Bloom     Taksonomi Bloom ini pula terbahagi kepada tiga domain utama iaitu, kognitif, afektif dan psikomotor di mana setiap domain mempunyai hierarki masing-masing daripada yang asas sehingga yang kompleks. 1) Domain Kognitif ialah perkara yang melibatkan pemikiran pelajar di mana ia menekankan aspek intelektual s

MUSIC OR PHOTO FREE

Image
      Di era teknologi, kebanyakan orang boleh belajar sesuatu melalui internet dan sosial media seperti Youtube, Tiktok, Instagram dan sebagainya. Dan kebanyakan orang mahir dalam mengedit video konten yang dibuat sama ada untuk memberi ilmu pengetahuan atau menghiburkan hati kepada penonton yang melihatnya.      Jadi, pada 23 November 2022, Dr. Zamzami telah mengajar kami cara untuk mengedit video dengan mengambil gambar-gambar dan video-video yang cantik serta music background video yang menarik yang kita boleh dapati secara PERCUMA melalui beberapa laman sesawang. Di bawah ini saya kongsikan kepada anda; 1) Bensound - Laman web ini menyediakan muzik-muzik PERCUMA yang anda boleh muat turun dan gunakan dalam video-video anda. Di bawah ini link nya; https://www.bensound.com/free-music-for-videos 2) Pixabay - Laman web ini menyediakan gambar-gambar yang cantik dan menarik yang anda boleh memuat turun dan gunakan secara PERCUMA sahaja. Di bawah ini saya sertakan link nya. https://pixab

PEDAGOGI, ANDRAGOGI DAN HEUTAGOGI

Image
PEDAGOGI      Pedagogi  bermaksud cara mengajar dan sains dalam pendidikan. Secara tempatan, maksud pedagogi adalah kaedah pengajaran yang diaplikasi oleh guru-guru di sekolah. Pedagogi juga bermaksud kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam suatu bidang. Ianya merupakan sains pendidikan dan seni cara mengajar di sekolah. Pedagogi ini melibatkan kajian pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan interkasi guru dan pelajar.     Selain itu, Kaedah pedagogi juga melibatkan pembangunan bidang kognitif, afektif dan psikomoto dalam warga pendidik dan murid-murid.     Secara umum, objektif pedagogi adalah merancang, menganalisis, mengembangkan dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk meningkatkan realiti pendidikan dalam pelbagai bidang keluarga, sekolah, sosial dan pekerjaan. Kesan pedagogi adalah berpanjangn dan boleh memberikan kesan positif untuk sepanjang hayat.

APA ITU OBJEKTIF PEMBELAJARAN ?

Image
      Pada 2 November 2022, Dr. Zamzami telah menerangkan kepada kami tentang objektif pembelajaran, maksudnya dan cara membuat objektif pembelajaran dalam rancangan pengajaran harian (RPH) di mana setiap guru perlu letakkan objektif pembelajaran ini setiap kali ingin merancang sesuatu pembelajaran di dalam kelas.      Apa yang dimaksudkan dengan objektif pembelajaran? Ianya adalah pernyataan untuk menerangkan matlamat yang ingin atau perlu dikuasai serta dicapai oleh murid-murid di akhir sesi PdPc mereka.     Kemahiran apa yang perlu dikuasai? Topik mana yang perlu dihadam? melalui bahan atau kaedah yang bagaimana? Berapa banyak soalan atau latihan yang akan diukur? Persoalan inilah yang akan membantu guru untuk merangka matlamat pembelajaran dengan baik.     Objektif yang baikboleh mengikut kaedah SMART. S: Specific = Kemahiran yang ingin dikuasai itu dituliskan dengan jelas mengikut konteks dan juga panduan bahan. M: Measurable = boleh diukur A: Attainable/Achieveable = murid mam

KSSR DAN KSSM

Image
    KSSR ialah singakatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah, manakala KSSM ialah singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah.     KSSR dan KSSM dilaksanakan bagi menggantikan KBSR dan KBSM serta MPET yang dilaksanakan sejak 1982. Objektif pembentukan KSSR ialah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan berlandaskan prinsip-prinsip KBSR seperti yang berikut; KSSR DAN KSSM https://coggle.it/diagram/X7YjMlJoLIX25jR_/t/kssr-dan-kssm PENDEKATAN BERSEPADU Ianya merupakan satu pendekatan di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran, dan nilai diganbungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasamani, emosi, rohani dan intelek (Choong,2008). Terdapat empat cara konsep bersepadu ini berlaku, iaitu melalui penggabungjalinan kemahiran, penyerapan, kesepaduan antara dua unsur, dan unsur merentasi kurikulum. Konsep ini berlaku semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga aktiviti kokurikulum. PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA MENYELURUH Prinsip ini membawa maksud bahaw

APA ITU PEMBELAJARAN DAN KURIKULUM?

Image
      Pada 26 Oktober 2022, Dr. Zamzami mengajar kami tentang tajuk pembelajaran dan kurikulum. Pada hari tersebut, saya dapat beberapa perkara yang baru tentang maksud sebenar pembelajaran itu sendiri dan juga apa yang dimaksudkan dengan kurikulum yang kebiasaannya orang hanya fikir bahawa kurikulum itu buku teks. Tetapi, ianya lebih luas lagi kalau kita mengkaji maksud kurikulum itu.  PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Apa itu Pembelajaran? Pembelajaran secara umumnya yang kita tahu adalah belajar duduk di dalam kelas dan ada guru yang mengajar di hadapan. Mengikut definisi pembelajaran yang sebenar adalah proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning , pembelajaran merupakan "perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan." Mengikut Woolfolk (1980) pula dalam Educational Physchology of T

ASYNCHRONOUS LEARNING (PEMBELAJARAN TIDAK SEGERAK)

Image
       Pada 16 November 2022, Dr. Zamzami mengarahkan kami untuk melakukan " short Youtube Video" selama 7 jam. Ini merupakan salah satu cara pembelajaran yang boleh dilakukan oleh seseorang pendidik atau pengajar. Pembelajaran ini dipanggil Asynchronous Learning   iaitu Pembelajaran Tidak Segerak.        Perkembangan teknologi video dan kelajuan internet telah merubah lanskap teknolgi pendidikan. Konsep pembelajaran segerak (synchoronous learning) dan tidak segerak (asynchronous learning), kini banyak dibincangkan di seluruh dunia. SYNCHRONOUS LEARNING ( Pembelajaran Segerak)          Pembelajaran segerak bermaksud pendekatan pembelajaran yang melibatkan semua pelajar dan guru hadir dan berinteraksi pada masa nyata, tetapi tidak semestinya pada lokasi yang sama.      Secara mudahnya, guru mengajar dan murid belajar pada masa yang sama. Sebelum dalam selepas pandemik, pelajar pergi ke sekolah dan semasa pandemik, mereka belajar secara online. Semua pelajar mengambil peperiksa